Jawatan dan terjemahan Inspektor_Jeneral_Bundeswehr

Manakala terjemahan rasmi jawatan ini termasuklah Ketua Turus Angkatan Tentera Persekutuandan variasi-variasi istilah yang lain, istilah Jerman "Generalinspekteur" – "Inspektor Jeneral" – secara spesifiknya telah diwujudkan bagi mengelakkan istilah "Generalstabschef" ("Ketua Turus Am") yang dianggap kompromi sejarah. Apabila Bundeswehr telah ditubuhkan pada tahun 1955, banyak istilah tradisi tentera dianggap tidak sesuai selepas kelakuan Wehrmacht Jerman dalam Perang Dunia II. Dengan itu, Bundeswehr Jerman tidak ada "Staf Am", tetapi mempunyai "Staf Eksekutif" ("Führungsstab des Heeres"). Jawatan Inspektor Jeneral Bundeswehr adalah setaraf dengan Pengerusi Ketua Turus Bersama Amerika, Ketua Turus Pertahanan British, Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan Ketua Pertahanan yang lain.